Assalamualaikum, untuk minggu ni saya ditugaskan untuk membuat satu video berkenaan tajuk Chapter 6 iaitu Operating System dalam bentuk interaktif video dengan menggunakan aplikasi online Powtoon. Dalam tugasan tersebut diselitkan juga tugasan yang lain iaitu menceritakan pengalaman saya dalam menghasilkan video tersebut.
Banyak cabaran dan dugaan dalam menghasilkan video tersebut. Antaranya ialah memerlukan ketabahan dari segi fizikal dan mental apabila menggunakan aplikasi tersebut buat pertama kali. Aplikasi tersebut memerlukan daya ketelitian , kekemasan dan kreativiti yang tinggi untuk menghasilkan video yang menarik dan interaktif. Tambahan pula, saya mengalami kesukaran dalam mencari tempat yang sesuai kerana aplikasi ini merupakan aplikasi atas talian yang memerlukan data internet atau wifi yang laju untuk menggunakannya (almaklumlah, saya stay dekat luar . hanya mengharapkan wifi upsi je). Saya pon terpaksa mengorbankan waktu untuk bertapa di bitarasiswa untuk menyiapkan tugasan ini selama 2 hari (huhuhu). Agak stres jugak la sebab aplikasi ini sangat renyah. Kita perlu teliti dengan setip elemen yang ada dalam aplikasi tersebut. Tapi pengalaman kan mematangkan. So, why not kita buat kan (hehehe). Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya untuk menghasilkan sebuah video berdurasi 2 minit 40 saat. Harap semua terhibur dan memperoleh ilmu apabila menyaksikan video tersebut.
Love,
Masturina
❤❤❤