Assalamualaikum , kali ini saya diberi tugasan untuk menyediakan 10 sijil penyertaan menggunakan
words dan
mail merge . Mari kita lihat langkah-langkahnya ..
1. Siapkan sijil seperti biasa
2. Tekan Mailings → Start Mail Merge → Step by Step Mail Merge Wizard.. seperti yg ditunjukkan pada rajah di bawah ini ↴
3. Selepas itu akan keluar ikon di sebelah kanan skrin seperti ditunjukkan pada rajah bawah ini ↴
4. Tekan Next:Starting document dan paparan seterusnya akan keluar seperti ditunjukkan pada rajah di bawah ini ↴
5. Kemudian, klik Use the current document → Next:Select recipients dan akan keluar seperti di bawah dan klik pula Type a new list → Create... Setelah itu masukkan judul yang sesuai untuk setiap elemen yang hendak ditukar seperti Nama dan No Ic → masukkan data-data yang terkumpul
6. Selepas itu klik
Next : Write your letter dan paparan di bawah akan keluar. Highlightkan perkataan yang hendak ditukar → klik pula
More items... → Insert
7. Maklumat tambahan - jika anda terlupa untuk masukkan data , anda boleh edit semula data-data tersebut
8. Kemudian klik Next : Preview your letters untuk melihat hasil kerja anda → klik Next : Complete the merge dan akhir sekali jangan lupa untuk klik Finish & Merge seperti yang ditunjukkan pada paparan di bawah ↴ dan klik Print Documents... untuk print sijil anda.
Inilah hasil sijil-sijil yang ditugaskan ↴
*Link di bawah adalah contoh 10 sijil yang telah saya siapkan
Untuk pengetahuan semua, saya menggunakan Microsoft Office Word 2007.
Last but not least , diharapkan agar entry kali ini dapat membantu memudahkan kerja anda dalam melakukan kerja-kerja sebegini rupa pada masa akan datang . Terima kasih
Love,
Masturina
❤❤❤