About me

My photo
Degree in Science Mathematics with Education at Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Friday, 15 September 2017

Tugasan 6 : Powtoon

Assalamualaikum, untuk minggu ni saya ditugaskan untuk membuat satu video berkenaan tajuk Chapter 6 iaitu Operating System dalam bentuk interaktif video dengan menggunakan aplikasi online Powtoon. Dalam tugasan tersebut diselitkan juga tugasan yang lain iaitu menceritakan pengalaman saya dalam menghasilkan video tersebut.

Banyak cabaran dan dugaan dalam menghasilkan video tersebut. Antaranya ialah memerlukan ketabahan dari segi fizikal dan mental apabila menggunakan aplikasi tersebut buat pertama kali. Aplikasi tersebut memerlukan daya ketelitian , kekemasan dan kreativiti yang tinggi untuk menghasilkan video yang menarik dan interaktif. Tambahan pula, saya mengalami kesukaran dalam mencari tempat yang sesuai kerana aplikasi ini merupakan aplikasi atas talian yang memerlukan data internet atau wifi yang laju untuk menggunakannya (almaklumlah, saya stay dekat luar . hanya mengharapkan wifi upsi je). Saya pon terpaksa mengorbankan waktu untuk bertapa di bitarasiswa untuk menyiapkan tugasan ini selama 2 hari (huhuhu). Agak stres jugak la sebab aplikasi ini sangat renyah. Kita perlu teliti dengan setip elemen yang ada dalam aplikasi tersebut. Tapi pengalaman kan mematangkan. So, why not kita buat kan (hehehe). Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya untuk menghasilkan sebuah video berdurasi 2 minit 40 saat. Harap semua terhibur dan memperoleh ilmu apabila menyaksikan video tersebut. 

Sila klik link di bawah ini 







Love, 
Masturina
❤❤❤

Thursday, 7 September 2017

Tugasan 5 : Questionnaire

Assalamualaikum ,, tugasan kali ini adalah menyediakan soalan berkenaan Bab 6 dlm kursus ini. Tugasan ini ialah tugasan berkumpulan iaitu 2 orang satu kumpulan dan pasangan saya ialah Fatiha Fadhli . Kami menyediakan 5 soalan keseluruhannya menggunakan powerpoint .. Harap korang enjoy menjawab soalan tu ! Klik link di bawah ni ↴

Powerpoint Chapter 6


Love ,
Masturina
❤❤❤