About me

My photo
Degree in Science Mathematics with Education at Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Tuesday, 28 May 2019

Bab 6 : Pengurusan Bilik Darjah PAK21


Berdasarkan keratan akhbar di atas, kelas pembelajaran abad ke-21 ini telah lama diperkenalkan di Malaysia iaitu pada tahun 2015 (berdasarkan tarikh akhbar itu dicetak) lagi. Matlamat utama konsep ini dijalankan adalah untuk menghasilkan murid yang mempunyai daya fikir hebat hasil garapan menerusi pendidikan yang memberi kebebasan berfikir dan kreatif. Selain itu, ia juga bertujuan melahirkan modal insan berkualiti, berpengetahuan, daya fikir kreatif, mempunyai keyakinan diri. 

           Kenapakah perlunya pengurusan bilik darjah pembelajaran abad ke-21 ini? Hal yang demikian kerana 'bilik darjah merupakan tempat yang kompleks dan sibuk, serta mempunyai ciri-ciri yang khusus, yang boleh mempengaruhi murid dalam bilik darjah tersebut (Doyle, 1986). Aktiviti dalam bilik darjah melibatkan guru, tugasan, ruang, masa dan bahan pembelajaran. Pengurusan bilik darjah juga merupakan 'cara yang digunakan untuk mengurus aktiviti pengajaran, susunan fizikal, dan keadaan psikososial di dalam bilik darjah, bagi memastikan penggunaan masa yang efisien dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra, sekali gus mengurangkan masalah tingkah laku' (Alberto & Troutman, 1986). 

     Grafik di atas merupakan contoh bilik darjah pembelajaran abad ke-21.
                     
              Ciri-ciri pengurusan bilik darjah PAK21 ialah kepimpinan sekolah, pedagogi guru, sokongan ibu bapa, penglibatan murid, sumber(media tools), dan 4Cs(creativity, collaboration, communication, critical thinking). Pelaksanaan PAK21 ini mempunyai garis panduan yang harus dijadikan rujukan oleh semua guru kelas terutamanya bagi merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melahirkan anak bangsa yang lebih proaktif, inovatif dan produktif.  


Bab 5 : Pengurusan Murid


Berdasarkan keratan akhbar di atas, beban guru dalam pengurusan murid akan berkurangan berikutan lima inisiatif yang dirangka oleh Kementerian Pendidikan bersama Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah. Berdasaskan inisiatif yang direncanakan, guru-guru tidak perlu melakukan kerja-kerja termasuk perkeranian. Antara inisiatif yang berkaitan dengan pengurusan murid iaitu pengurusan data dan sistem dalam talian. Sistem kehadiran murid dalam talian akan digunakan di seluruh negara dan guru tidak perlu menulis secara manual lagi.



            Akan tetapi, terdapat sedikit kesukaran untuk sekolah di pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak kerana capaian internet di sana tidak begitu baik untuk mengakses sistem ini. Sistem ini penting untuk rekod seseorang murid itu dalam memantau kemajuan murid, menjalin hubungan antara guru-ibubapa, di mana kedua-dua pihak boleh menilai laporan kemajuan murid dan membantu KPM mengenal pasti latar belakang dan pencapaian murid dalam satu kawasan.

               Isu bebanan guru ini muncul kerana guru-guru merasakan tidak dapat untuk menumpukan sepenuh perhatian untuk mendidik pelajar. Hal yang demikian kerana, sebelum wujudnya sistem ini guru-guru perlu merekod semua butir peribadi pelajar secara manual yang mana mengambil masa yang agak lama sehingga mengganggu masa mengajar. Oleh itu, sistem ini merupakan usaha yang baik bagi meringankan beban guru-guru di Malaysia supaya dapat mendidik anak bangsa dengan lebih berfokus.

Bab 4 : Kepimpinan dan Organisasi di Sekolah


Berdasarkan keratan akhbar di atas, kita dapat lihat bahawa guru-guru sekolah tidak berpuas hati dengan pengetua sekolah tersebut dan menggesa pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) supaya pengetua itu ditukarkan. Hal yang demikian kerana pengetua tersebut sering mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar oleh guru-guru dan juga murid. Selain itu, beliau juga sering mengugut guru-guru sekolah itu. Dalam kepimpinan dan organisasi di sekolah, pengetua merupakan jawatan yang paling tertinggi di sekolah dan bertanggungjawab dalam penigkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran, bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah seterusnya mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar. Bagi melaksanakan semua tanggungjawab itu, seorang pengetua itu perlulah disenangi oleh guru-guru, staf-staf dan juga para pelajar bagi melancarkan suasana di dalam sekolah itu. Untuk kes yang di atas, pengetua tersebut tidak bersetuju dengan setiap perkara yang dilakukan oleh guru-guru sekolah tersebut dalam menaikkan moral pelajar sehingga menyebabkan para guru bekerja dalam keadaan tertekan malah kesan tersebut dirasai oleh pelajar.


Monday, 27 May 2019

Bab 3 : Kajian Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar

Rumusan


Empat subtopik yang dibincangkan dalam kajian pengurusan dan pembelajaran pelajar iaiti definisi dan konsep, kepentingan, perspektif multidislpin dan kajian. Menurut Ahmad Mahdzan (2004), pengurusan bermaksud  aktiviti sistematik bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus tentang sesuatu masalah yang sudah dikenal pasti. Kepentingan pengurusan dalam pembelajaran adalah kerana dapat menambah pengetahuan, meningkatkan mutu amalan kerja guru, menambah produktiviti dan mendapatkan keredaan Allah. Seterusnya, perspektif pengurusan pula terbahagi kepada dua iaitu bilik darjah dan sekolah. Bagi pengurusan bilik darjah membincangkan perihal pembelajaran, tingkah laku dan disiplin, dan fizikal. Strategi pengurusan pembelajaran membicarakan strategi yang berpusatkan guru, berpusatkan bahan dan berpusatkan pelajar. 

Saturday, 18 May 2019

Bab 2 : Interaksi dan Pembelajaran

Rumusan 

Tingkah laku seorang individu terbentuk oleh akal fikirannya sendiri dan peranan masyarakat sekeliling. Sosialisasi merupakan proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. Selain itu, ini juga satu proses pembelajaran berterusan yang bermula dari pemindahan norma atau nilai dalam keluarga atau budaya. Setiap yang dipelajari ketika kanak-kanak akan menjadi pendirian atau konsep yang mana semakin dewasa, manusia mempelajari lebih banyak hasil dari interaksi. 

          Terdapat tiga jenis sosialisasi iaitu primer atau permulaan, sekunder atau penyertaan dan resosialisasi. Dua jenis yang terawal itu merupakan sosialisasi normal yang mana semua mengalaminya akan tetapi bagi proses resosialisasi ini hanya berlaku pada sesetengah orang sahaja. Perkaitan antara sosialisasi dan pendidikan ialah sosialisasi sebagai matlamat pendidikan di Malaysia. Oleh itu, guru dan rakan adalah agen sosialisasi yang mana proses ini berlaku melalui interaksi sosial antara seorang individu murid dengan guru dan rakan. Interaksi sosial di sekolah umumnya dan dalam bilik darjah atau semasa pembelajaran khususnya. 

                Seterusnya, bagi merealisasikan proses sosialisasi ini, guru dijadikan sebagai model. Antara aspek yang perlu dititikberatkan oleh guru ialah penampilan dan bahasa tubuh, tingkah laku, contoh teladan, pengetahuan yang luas dan sifat kepimpinan. Selain itu, dinamika dalam bilik darjah juga merupakan aspek penting dalam proses sosialisasi. Antara faktor yang mempengaruhi pembentukan dinamika dalam bilik darjah iaitu jantina, bangsa atau agama, status sosioekonomi, pencapaian akademik, personaliti dan gaya pembelajaran. 

                 Interaksi dalam pembelajaran juga aspek yang utama dalam proses sosialisasi. Terdapat tiga jenis interaksi iaitu interaksi sehala/pasif, interaksi dua hala dan interaksi kumpulan. Interaksi yang sihat dalam aktiviti pembelajaran dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna (Haliza & Joy, 2016). 

Bab 1 : Sosiologi dan Pembelajaran

Rumusan 

Sosiologi merupakan di bawah bidang sains sosial dan diperkenalkan oleh Auguste Comte (1798-1857) dalam bukunya Positive Philosophy (1842). Ramai karyawan-karyawan barat memberi tafsiran mengikut pandangan masing-masing. Menurut Amir Hasan, 2002, sosiologi memberi maksud kajian yang sistematik dan saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial mereka dalam masyarakat daripada pelbagai sudut. Tujuan utama sosiologi ialah untuk mengetahui struktur asas masyarakat manusia, mengenal pasti tekanan-tekanan utama yang melemahkan mereka dan mempelajari syarat-syarat yang membentuk kehidupan sosial mereka. Antara tokoh-tokoh sosiologi ialah Ibnu Khaldun, Auguste Comte, Karl Marx, Emile Durkheim, Max Weber dan George Herbert Mead. Sosiologi mempunyai perspektif tersendiri iaitu pada tingkah laku masyarakat, memahami corak interaksi dan proses kelompok. Ini juga terbahagi kepada dua iaitu mikro yang bersifat kecil dan individu manakala makro bersifat besar, kompleks, dan berfokuskan masyarakat atau organisasi. terdapat tiga teori utama sosiologi iaitu Teori Fungsionalisme, Teori Konflik dan Teori Interaksionisme. 
           Sosiologi pendidikan pula merupakan kajian yang sistematik dan saintifik mengenai hubungan antara pendidikan dengan masyarakat, yang seterusnya mempengaruhi matlamat, bentuk institusi, pentadbiran, kurikulum, dan kaedah pdp. Sosiologi dan matlamat pendidikan ialah pendidikan untuk perkembangan potensi diri, sosiolisasi, pemilihan, pembudayaan, pelaburan dan pembinaan negara bangsa.