About me

My photo
Degree in Science Mathematics with Education at Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Tuesday, 28 May 2019

Bab 4 : Kepimpinan dan Organisasi di Sekolah


Berdasarkan keratan akhbar di atas, kita dapat lihat bahawa guru-guru sekolah tidak berpuas hati dengan pengetua sekolah tersebut dan menggesa pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) supaya pengetua itu ditukarkan. Hal yang demikian kerana pengetua tersebut sering mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar oleh guru-guru dan juga murid. Selain itu, beliau juga sering mengugut guru-guru sekolah itu. Dalam kepimpinan dan organisasi di sekolah, pengetua merupakan jawatan yang paling tertinggi di sekolah dan bertanggungjawab dalam penigkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran, bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah seterusnya mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar. Bagi melaksanakan semua tanggungjawab itu, seorang pengetua itu perlulah disenangi oleh guru-guru, staf-staf dan juga para pelajar bagi melancarkan suasana di dalam sekolah itu. Untuk kes yang di atas, pengetua tersebut tidak bersetuju dengan setiap perkara yang dilakukan oleh guru-guru sekolah tersebut dalam menaikkan moral pelajar sehingga menyebabkan para guru bekerja dalam keadaan tertekan malah kesan tersebut dirasai oleh pelajar.


No comments:

Post a Comment