Berdasarkan keratan akhbar di atas, kelas pembelajaran abad ke-21 ini telah lama diperkenalkan di Malaysia iaitu pada tahun 2015 (berdasarkan tarikh akhbar itu dicetak) lagi. Matlamat utama konsep ini dijalankan adalah untuk menghasilkan murid yang mempunyai daya fikir hebat hasil garapan menerusi pendidikan yang memberi kebebasan berfikir dan kreatif. Selain itu, ia juga bertujuan melahirkan modal insan berkualiti, berpengetahuan, daya fikir kreatif, mempunyai keyakinan diri.
Kenapakah perlunya pengurusan bilik darjah pembelajaran abad ke-21 ini? Hal yang demikian kerana 'bilik darjah merupakan tempat yang kompleks dan sibuk, serta mempunyai ciri-ciri yang khusus, yang boleh mempengaruhi murid dalam bilik darjah tersebut (Doyle, 1986). Aktiviti dalam bilik darjah melibatkan guru, tugasan, ruang, masa dan bahan pembelajaran. Pengurusan bilik darjah juga merupakan 'cara yang digunakan untuk mengurus aktiviti pengajaran, susunan fizikal, dan keadaan psikososial di dalam bilik darjah, bagi memastikan penggunaan masa yang efisien dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra, sekali gus mengurangkan masalah tingkah laku' (Alberto & Troutman, 1986).
Grafik di atas merupakan contoh bilik darjah pembelajaran abad ke-21.
Ciri-ciri pengurusan bilik darjah PAK21 ialah kepimpinan sekolah, pedagogi guru, sokongan ibu bapa, penglibatan murid, sumber(media tools), dan 4Cs(creativity, collaboration, communication, critical thinking). Pelaksanaan PAK21 ini mempunyai garis panduan yang harus dijadikan rujukan oleh semua guru kelas terutamanya bagi merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melahirkan anak bangsa yang lebih proaktif, inovatif dan produktif.
No comments:
Post a Comment