Rumusan
Sosiologi merupakan di bawah bidang sains sosial dan diperkenalkan oleh Auguste Comte (1798-1857) dalam bukunya Positive Philosophy (1842). Ramai karyawan-karyawan barat memberi tafsiran mengikut pandangan masing-masing. Menurut Amir Hasan, 2002, sosiologi memberi maksud kajian yang sistematik dan saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial mereka dalam masyarakat daripada pelbagai sudut. Tujuan utama sosiologi ialah untuk mengetahui struktur asas masyarakat manusia, mengenal pasti tekanan-tekanan utama yang melemahkan mereka dan mempelajari syarat-syarat yang membentuk kehidupan sosial mereka. Antara tokoh-tokoh sosiologi ialah Ibnu Khaldun, Auguste Comte, Karl Marx, Emile Durkheim, Max Weber dan George Herbert Mead. Sosiologi mempunyai perspektif tersendiri iaitu pada tingkah laku masyarakat, memahami corak interaksi dan proses kelompok. Ini juga terbahagi kepada dua iaitu mikro yang bersifat kecil dan individu manakala makro bersifat besar, kompleks, dan berfokuskan masyarakat atau organisasi. terdapat tiga teori utama sosiologi iaitu Teori Fungsionalisme, Teori Konflik dan Teori Interaksionisme.
Sosiologi pendidikan pula merupakan kajian yang sistematik dan saintifik mengenai hubungan antara pendidikan dengan masyarakat, yang seterusnya mempengaruhi matlamat, bentuk institusi, pentadbiran, kurikulum, dan kaedah pdp. Sosiologi dan matlamat pendidikan ialah pendidikan untuk perkembangan potensi diri, sosiolisasi, pemilihan, pembudayaan, pelaburan dan pembinaan negara bangsa.
No comments:
Post a Comment