About me

My photo
Degree in Science Mathematics with Education at Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Saturday, 18 May 2019

Bab 2 : Interaksi dan Pembelajaran

Rumusan 

Tingkah laku seorang individu terbentuk oleh akal fikirannya sendiri dan peranan masyarakat sekeliling. Sosialisasi merupakan proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. Selain itu, ini juga satu proses pembelajaran berterusan yang bermula dari pemindahan norma atau nilai dalam keluarga atau budaya. Setiap yang dipelajari ketika kanak-kanak akan menjadi pendirian atau konsep yang mana semakin dewasa, manusia mempelajari lebih banyak hasil dari interaksi. 

          Terdapat tiga jenis sosialisasi iaitu primer atau permulaan, sekunder atau penyertaan dan resosialisasi. Dua jenis yang terawal itu merupakan sosialisasi normal yang mana semua mengalaminya akan tetapi bagi proses resosialisasi ini hanya berlaku pada sesetengah orang sahaja. Perkaitan antara sosialisasi dan pendidikan ialah sosialisasi sebagai matlamat pendidikan di Malaysia. Oleh itu, guru dan rakan adalah agen sosialisasi yang mana proses ini berlaku melalui interaksi sosial antara seorang individu murid dengan guru dan rakan. Interaksi sosial di sekolah umumnya dan dalam bilik darjah atau semasa pembelajaran khususnya. 

                Seterusnya, bagi merealisasikan proses sosialisasi ini, guru dijadikan sebagai model. Antara aspek yang perlu dititikberatkan oleh guru ialah penampilan dan bahasa tubuh, tingkah laku, contoh teladan, pengetahuan yang luas dan sifat kepimpinan. Selain itu, dinamika dalam bilik darjah juga merupakan aspek penting dalam proses sosialisasi. Antara faktor yang mempengaruhi pembentukan dinamika dalam bilik darjah iaitu jantina, bangsa atau agama, status sosioekonomi, pencapaian akademik, personaliti dan gaya pembelajaran. 

                 Interaksi dalam pembelajaran juga aspek yang utama dalam proses sosialisasi. Terdapat tiga jenis interaksi iaitu interaksi sehala/pasif, interaksi dua hala dan interaksi kumpulan. Interaksi yang sihat dalam aktiviti pembelajaran dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna (Haliza & Joy, 2016). 

No comments:

Post a Comment