Pusat Sumber Sekolah (PSS)
Pusat sumber adalah suatu tempat yang memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa, perkhidmatan yang ditawarkan membolehkan pelanggan mendapat dan mengamal kemahiran dalam pembelajaran, koleksi bahan yang disediakan lengkap dan dikemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan, dan agen perubahan yang dapat memupuk potensi dan minat pelanggan dalam bidang pembelajaran. Antara objektif penubuhan PSS adalah untuk kecemerlangan pendidikan, penggunaan kemudahan, pemupukan tabiat pelajar, penghasilan bahan, perkhidmatan pembelajaran, dan kemahiran maklumat.
Seterusnya, PSS berfungsi sebagai tempat untuk mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan kokurikulum, berkhidnat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran, tempat pemilihan dan penilaian bahan sebelum digunakan, pintu masuk maklumat dari agensi luar, mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum, penggalak aktiviti membaca dan kemahiran maklumat, dan pengembangan kemahiran pembelajaran kendiri.
Berdasarkan keratan akhbar di atas, kita dapat lihat sekolah tersebut sangat mementingkan PSS mereka mengikut perkara yang telah ditetapkan oleh kementerian. Mereka juga menjadikan PSS sebagai sebuah tempat yang sangat berperanan kepada murid dan juga guru. Antara sebab PSS itu berfungsi adalah kerana pengurusan PSS telah mengaplikasikan ciri-ciri yang perlu ada pada setiap PSS. Konklusinya, setiap PSS di negara ini perlulah menjadikan PSS saebuah tempat yang memberi manfaat kepada semua warga sekolah sepertimana yang direncanakan oleh pihak kementerian.
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
Keratan akhbar di atas menunjukkan pencetakan semula buku teks untuk diedarkan kepada pelajar-pelajar yang merupakan mangsa banjir di beberapa buat negeri yang terlibat. Pencetakan buku teks itu dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai suatu sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir. Hal yang demikian di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) yang mana bahan bacaan ini diberikan kepada pelajar yang terpilih.
Buku teks merupakan pinjaman yang diberikan oleh sekolah kepada para pelajar. Oleh hal yang demikian, pelajar-pelajar hendaklah sentiasa menjaga dan memastikan buku-buku itu berada dalam keadaan yang baik supaya dapat digunakan oleh generasi akan datang. Bukan itu sahaja, guru SPBT malahan guru-guru lain juga memainkan peranan dalam memantau pelajar agar mereka tidak merosakkan buku yang dipinjam. Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa orang murid menjadi pembantu kepada guru SPBT dalam menyusun buku-buku ini di Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah (BOSS). Selain itu, mereka juga menolong dalam menceriakan bilik itu agar sentiasa kelihatan kemas dan bersih.
No comments:
Post a Comment