Keratan akhbar di atas menunjukkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan antara salah satu pihak yang disarankan untuk bekerjasama dengan pihak sekolah untuk membantu pelajar dari segala bentuk aspek. Hal yang demikian kerana hubungan sekolah dan masyarakat perlu diwujudkan bersesuaian dengan hasrat KPM dalam aspek pengurusan sekolah dan persekitaran.
Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang kompleks. Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah.
Di sekolah, tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, murid. Tiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa dan komuniti dalam masyarakat. Terdapat hubungan antara faktor-faktor dalaman sekolah. Misalnya faktor-faktor seperti kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah.
Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah
dengan pihak-pihak di luar sekolah terutamanya ibu bapa, penjaga,
komuniti-komuniti dalam masyarakat. Pengetua adalah individu yang secara idealnya perlu merintis
pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah, dan dibantu oleh guru-guru
lain di sekolah. Misalnya, interaksi yang baik dalam PIBG dapat membantu
menjayakan program-program sekolah.
Ibu bapa hendaklah menjadi role
model kepada anak. Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. Tindakan PIBG membela nasib guru (bersemangat dan selesa ketika bertugas). Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru. Perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi.
Kepakaran dan pengalaman anggota masyarakat amatlah dialu-alukan. Penglibatan aktif PIBG dapat mencabar minda, menarik minat dan memberikan motivasi yang tinggi kepada pelajar. PIBG adalah sebuah organisasi yang penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah. Peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah. Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang.
d
No comments:
Post a Comment