Keratan akhbar di atas menunjukkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengesan seramai 148 pelajar sekolah menengah di negeri Johor positif dadah. Walaubagaimanapun, statistik menunjukkan terdapat sedikit penurunan berbanding tahun lepas. Penurunan ini dianggap positif dan diharapkan agar usaha mempergiatkan kempen pencegahan dadah diteruskan supaya kes sebegini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.
Berdasarkan keratan akhbar tersebut, kita dapat lihat bahawa pendidikan pencegahan dadah ni amat penting dalam kalangan pelajar terutama sekali pelajar sekolah menengah yang mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif di luar sana. Pelbagai program telah dijalankan sempena pendidikan pencegahan dadah yang sangat dititikberatkan oleh KPM untuk semua sekolah. Antaranya ialah Program 5 Minit Antidadah, Pelaksanaan bilik sumber/Laluan/Sudut Informasi Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), Minggu Antidadah dan Sisipan PPDa dalam Kurikulum sekolah.
Selain daripada pihak sekolah, pihak luar juga berperanan dalam mencegah perkara ini. terdapat beberapa agensi kerajaan mahupun swasta sangat aktif dalam menjalankan program pencegahan dadah. Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan juga Persatuan Mencegah Dadah (PEMADAM) sangat bergiat aktif dalam merencanakan program-program yang bermanfaat untuk para pelajar. Antara programnya ialah Program Intervensi yang khusus kepada murid berisiko terbabit dadah seperti Ujian Saringan Urin dan Kem Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya (SHIELDS) dengan kerjasama AADK; Kem Skim Lencana Antidadah (SLAD), PEMADAM dan Kem Intervensi Anak Negara (INTAN) menerusi arahan dan peruntukan KPM.
No comments:
Post a Comment