About me

My photo
Degree in Science Mathematics with Education at Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Saturday, 22 June 2019

Bab 12 : Pengurusan Pelbagai Upaya


Keratan akhbar di atas menunjukkan usaha KPM dalam menaik taraf sekolah supaya lebih mesra OKU. Hal yang demikian bertepatan dengan kesamarataan dalam Pendidikan di Malaysia yang mana "Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing..." , Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015. 

          Antara program pendidikan untuk semua di Malaysia ialah Pendidikan Khas, Pendidikan Pemulihan Khas, Pendidikan Orang Asli, Peribumi dan Pedalaman, Pendidikan Juvana, Sekolah dalam Hospital dan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih. Pengurusan pelbagai upaya membincangkan bagaimana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas dan program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas.

               Perkara atau elemen yang terdapat dalam pengurusan pendidikan pelbagai upaya ini ialah konsep pemulihan, konsep pengayaan dan juga pelajar-pelajar yang berkeperluan khas. Setiap elemen tersebut mempunyai maksud, jenis, ciri-ciri yang tersendiri. Pelajar-pelajar pelbagai upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistik dan peluang sesuai untuk mereka mencapai potensinya. Walau bagaimanapun kanak-kanak pintar cerdas tidak seharusnya diasingkan dengan kanak-kanak normal kerana kita tidak boleh wujudkan pengasingan social (social isolation) kepada mereka




No comments:

Post a Comment