Bagi karakter seseorang dalam kelas ini, saya memilih untuk bercerita tentang Muhammad Fikri. Pertama kali perasan akan kewujudannya ialah sewaktu kuliah yang kedua. Dan tanpa diduga, dia satu kumpulan tugasan dengan saya. Apa yang lagi menarik, dia senang untuk diajak berbincang dan juga ramah walaupun kami baru sahaja kenal antara satu sama lain. Selain daripada itu, dia merupakan pelajar Pendidikan Jasmani daripada Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan. Walaupun nampak dia macam nakal dalam kelas, tetapi apabila melakukan tugasan, dia sangat serius, tekun dan sangat boleh diharap. Itu adalah antara salah satu sebab yang menarik perhatian saya untuk lebih mengenalinya. Namanya juga sering menjadi sebutan Cik Izazol sewaktu kuliah dijalankan. Itu sahaja daripada saya, diharapkan selepas ini persahabatan kami ini tidak berhenti setakat kuliah ini sahaja dan berkekalan. ☺
No comments:
Post a Comment