About me

My photo
Degree in Science Mathematics with Education at Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Saturday, 22 June 2019

Bab 8 : Pengurusan Disiplin


Keratan akhbar di atas menunjukkan salah laku disiplin yang direkodkan pada tahun 2017. Ponteng sekolah mencatatkan rekod tertinggi berbanding salah laku yang lain. Dalam pernyataan itu juga dinyatakan pihak PDRM turut bekerjasama baik dengan pihak sekolah sebagai pemantau dan moderator dalam menangani kes-kes yang berat. Keratan di atas menunjukkan yang mana setiap kesalahan yang dilakukan oleh para pelajar hendaklah direkodkan supaya penambahbaikan dapat dibuat dari semasa ke semasa. Jadual di bawah menunjukkan senarai sepuluh jenis salah laku yang tertinggi. 

          

Pihak KPM juga turut memberi panduan kepada pihak sekolah terutama pihak pengurusan disiplin supaya setiap amalan baik dan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar direkodkan dalam sistem yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian seperti yang dilampirkan di bawah:


Di bawah ini merupakan proses kerja perekodan kes salah laku 
          1. Guru melaporkan kes salah laku ke dalam sistem.


2. Ketua Guru Disiplin / GPK HEM menjalankan siasatan, dan  jika sah, akan mencadangkan hukuman.

3. Pengetua boleh sama ada menukar hukuman dan mengesahkan hukuman.
4. Ketua Guru Disiplin / GPK HEM mengambil tindakan terhadap hukuman yang disahkan oleh Pengetua.

5. Pembantu Pejabat menguruskan fail dan pengeposan surat.

6. Guru Bimbingan dan Kaunseling akan menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling terhadap murid-murid tersebut.




  

No comments:

Post a Comment