Keratan akhbar di atas menunjukkan tugas kaunselor sekolah bukan hanya bimbingan disiplin semata-mata akan tetapi turut berperanan memotivasikan pelajar. Perkara yang diketengahkan dalam keratan akhbar itu ialah peranan guru dalam memotivasikan pelajar dalam mendedahkan kepada pelajar tentang hala tuju mereka selepas tamat persekolahan. Perkara yang dinyatakan dalam keratan di atas berkait dengan pengurusan penasihatan murid yang mana prosesnya terbahagi kepada tiga iaitu Bimbingan, Penasihatan dan Mentoring.
Setiap daripada itu mempunyai definisi dan proses tersendiri. Bimbingan ialah suatu
proses untuk membantu individu memamahami dirinya dan dunia
sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang
ada dengan sepenuhnya (Suradi, 1966). Penasihatan pula bermaksud strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat (Zuraidah, 1994). Sarah
Fletcher (2000) pula mengatakan mentoring bermaksud membimbing dan menyokong pelajar (mantee) supaya beliau dapat melalui satu transisi sukar dengan lebih mudah, tentang melicinkan tatacara, yang dapat membenarkan, menyakinkan di samping mengurus dan mengarahkan. Jadual di bawah menerangkan perbezaan peranan guru sebagai pembimbing dan penasihat dengan kaunselor.
No comments:
Post a Comment