About me

My photo
Degree in Science Mathematics with Education at Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Sunday, 23 June 2019

Karakter Seseorang dalam Kelas

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Bagi karakter seseorang dalam kelas ini, saya memilih untuk bercerita tentang Muhammad Fikri. Pertama kali perasan akan kewujudannya ialah sewaktu kuliah yang kedua. Dan tanpa diduga, dia satu kumpulan tugasan dengan saya. Apa yang lagi menarik, dia senang untuk diajak berbincang dan juga ramah walaupun kami baru sahaja kenal antara satu sama lain. Selain daripada itu, dia merupakan pelajar Pendidikan Jasmani daripada Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan. Walaupun nampak dia macam nakal dalam kelas, tetapi apabila melakukan tugasan, dia sangat serius, tekun dan sangat boleh diharap. Itu adalah antara salah satu sebab yang menarik perhatian saya untuk lebih mengenalinya. Namanya juga sering menjadi sebutan Cik Izazol sewaktu kuliah dijalankan. Itu sahaja daripada saya, diharapkan selepas ini persahabatan kami ini tidak berhenti setakat kuliah ini sahaja dan berkekalan. ☺


Saturday, 22 June 2019

Bab 14 : Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah


Keratan akhbar di atas menunjukkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengesan seramai 148 pelajar sekolah menengah di negeri Johor positif dadah. Walaubagaimanapun, statistik menunjukkan terdapat sedikit penurunan berbanding tahun lepas. Penurunan ini dianggap positif dan diharapkan agar usaha mempergiatkan kempen pencegahan dadah diteruskan supaya kes sebegini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.   

             Berdasarkan keratan akhbar tersebut, kita dapat lihat bahawa pendidikan pencegahan dadah ni amat penting dalam kalangan pelajar terutama sekali pelajar sekolah menengah yang mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif di luar sana. Pelbagai program telah dijalankan sempena pendidikan pencegahan dadah yang sangat dititikberatkan oleh KPM untuk semua sekolah. Antaranya ialah  Program 5 Minit Antidadah, Pelaksanaan bilik sumber/Laluan/Sudut Informasi Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), Minggu Antidadah dan Sisipan PPDa dalam Kurikulum sekolah. 




          Selain daripada pihak sekolah, pihak luar juga berperanan dalam mencegah perkara ini. terdapat beberapa agensi kerajaan mahupun swasta sangat aktif dalam menjalankan program pencegahan dadah. Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan juga Persatuan Mencegah Dadah (PEMADAM) sangat bergiat aktif dalam merencanakan program-program yang bermanfaat untuk para pelajar. Antara programnya ialah Program Intervensi yang khusus kepada murid berisiko terbabit dadah seperti Ujian Saringan Urin dan Kem Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya (SHIELDS) dengan kerjasama AADK; Kem Skim Lencana Antidadah (SLAD), PEMADAM dan Kem Intervensi Anak Negara (INTAN) menerusi arahan dan peruntukan KPM. 

Bab 13 : Pengurusan Sekolah dan Persekitaran


Keratan akhbar di atas menunjukkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan antara salah satu pihak yang disarankan untuk bekerjasama dengan pihak sekolah untuk membantu pelajar dari segala bentuk aspek. Hal yang demikian kerana hubungan sekolah dan masyarakat perlu diwujudkan bersesuaian dengan hasrat KPM dalam aspek pengurusan sekolah dan persekitaran. 

            Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang kompleks. Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah. 

         

Di sekolah, tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, murid. Tiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa dan komuniti dalam masyarakat. Terdapat hubungan antara faktor-faktor dalaman sekolah. Misalnya faktor-faktor seperti kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah. 

                      Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah dengan pihak-pihak di luar sekolah terutamanya ibu bapa, penjaga, komuniti-komuniti dalam masyarakat. Pengetua adalah individu yang secara idealnya perlu merintis pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah, dan dibantu oleh guru-guru lain di sekolah. Misalnya, interaksi yang baik dalam PIBG dapat membantu menjayakan program-program sekolah.


           Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak. Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. Tindakan PIBG membela nasib guru (bersemangat dan selesa ketika bertugas). Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru. Perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi  mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi. 

                      Kepakaran dan pengalaman anggota masyarakat amatlah dialu-alukan. Penglibatan aktif PIBG dapat mencabar minda, menarik minat dan memberikan motivasi yang tinggi kepada pelajar. PIBG adalah sebuah organisasi yang penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah. Peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolahPengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang



d


Bab 12 : Pengurusan Pelbagai Upaya


Keratan akhbar di atas menunjukkan usaha KPM dalam menaik taraf sekolah supaya lebih mesra OKU. Hal yang demikian bertepatan dengan kesamarataan dalam Pendidikan di Malaysia yang mana "Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing..." , Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015. 

          Antara program pendidikan untuk semua di Malaysia ialah Pendidikan Khas, Pendidikan Pemulihan Khas, Pendidikan Orang Asli, Peribumi dan Pedalaman, Pendidikan Juvana, Sekolah dalam Hospital dan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih. Pengurusan pelbagai upaya membincangkan bagaimana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas dan program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas.

               Perkara atau elemen yang terdapat dalam pengurusan pendidikan pelbagai upaya ini ialah konsep pemulihan, konsep pengayaan dan juga pelajar-pelajar yang berkeperluan khas. Setiap elemen tersebut mempunyai maksud, jenis, ciri-ciri yang tersendiri. Pelajar-pelajar pelbagai upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistik dan peluang sesuai untuk mereka mencapai potensinya. Walau bagaimanapun kanak-kanak pintar cerdas tidak seharusnya diasingkan dengan kanak-kanak normal kerana kita tidak boleh wujudkan pengasingan social (social isolation) kepada mereka




Bab 11 : Pengurusan Pelbagai Budaya


Keratan akhbar di atas menunjukkan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan pendidikan silang budaya. Pelbagai usaha telah dilakukan dalam mengintegrasikan penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar sosiobudaya sejak dari dahulu lagi sehinggalah sekarang. 

Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir 2002). Pelbagai budaya ialah satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan. 

Pendidikan Pelbagai Budaya 

Kepelbagaian latar belakang individu dalam masyarakat mempengaruhi kepelbagaian latar belakang para pelajar dalam institusi pendidikan (Banks, 1989). Dalam konteks Malaysia, para pelajar di institusi pendidikan terdiri daripada pelajar yang memiliki pelbagai latar belakang berbeza seperti agama, etnik, bahasa, dan budaya. Hal ini menunjukkan kewajaran mengenai kepentingan pendidikan pelbagai budaya. Pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras (Saha, 1997). Pendidikan pelbagai budaya boleh berlaku dalam pendidikan formal atau tidak formal. Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan, dan sikap.

          Pendidikan pelbagai budaya dapat dilihat dari tiga aspek: konsep, gerakan, dan proses (Banks 1989). Dari aspek konsep, pendidikan pelbagai budaya merupakan idea yang melihat semua pelajar mempunyai hak yang sama untuk belajar di dalam kelas tanpa membezakan mereka dari segi jantina, kelas sosial, etnik atau kriteria lain. Dari aspek gerakan, pendidikan pelbagai budaya didefinisikan sebagai usaha untuk mengubah institusi-institusi pendidikan sehingga pelajar daripada semua kaum, kelas sosial, jantina dan lain-lain memiliki peluang yang sama untuk belajar. Dari aspek proses, pendidikan pelbagai budaya dapat difahami sebagai proses untuk mencapai tujuan agar kesamaan pendidikan dapat dicapai oleh semua pelajar.






Bab 10 : Pengurusan Bimbingan dan Penasihatan


Keratan akhbar di atas menunjukkan tugas kaunselor sekolah bukan hanya bimbingan disiplin semata-mata akan tetapi turut berperanan memotivasikan pelajar. Perkara yang diketengahkan dalam keratan akhbar itu ialah peranan guru dalam memotivasikan pelajar dalam mendedahkan kepada pelajar tentang hala tuju mereka selepas tamat persekolahan. Perkara yang dinyatakan dalam keratan di atas berkait dengan pengurusan penasihatan murid yang mana prosesnya terbahagi kepada tiga iaitu Bimbingan, Penasihatan dan Mentoring. 


Setiap daripada itu mempunyai definisi dan proses tersendiri. Bimbingan ialah suatu proses untuk membantu individu memamahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya (Suradi, 1966). Penasihatan pula bermaksud strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat (Zuraidah, 1994)Sarah Fletcher (2000) pula mengatakan mentoring bermaksud membimbing dan menyokong pelajar (mantee) supaya beliau dapat melalui satu transisi sukar  dengan lebih mudah, tentang melicinkan tatacara, yang dapat membenarkan, menyakinkan di samping mengurus  dan mengarahkan.  Jadual di bawah menerangkan perbezaan peranan guru sebagai pembimbing dan penasihat dengan kaunselor. 







Bab 9 : Pengurusan Bilik Pembelajaran


Keratan akhbar di atas menunjukkan bilik makmal komputer di sebuah sekolah di Johor Bahru, Johor terbakar dan dapat diselamatkan oleh pihak bomba yang menerima laporan berkenaan kes berkenaan. Daripada kes di atas, kita dapat simpulkan bahawa ciri-ciri keselamatan di setiap bilik pembelajaran harus dititikberatkan supaya perkara sedemikian tidak berulang lagi. 

Senarai di bawah menunjukkan ciri-ciri keselamatan yang perlu ada di setiap bilik pembelajaran di semua sekolah :

uRuang kerja selesa – susun atur perabot


uRuang kerja bersih dan selamat – tiada kesan minyak

uCahaya dan pengudaraan yang cukup

uTempat pengendalian enjin – pengudaraan yang cukup

uSudut pameran/hasil kerja murid

uStor (bilik khas/almari) untuk menyimpan alatan dan bahan

uPapan tanda “LARANGAN” “BAHAYA” yang jelas untuk kawasan mesin



Bilik pembelajaran di sekolah merangkumi bilik darjah, makmal sains, makmal ICT/multimedia, bilik PSV, gimnasium, bengkel kemahiran KHB, RBT, MPV, bilik muzik dan sebagainya. Diharapkan bilik-bilik ini mematuhi segala aspek yang perlu dititikberatkan terutama sekali aspek keselamatan yang paling utama agar kemalangan buruk tidak berlaku.